SUKAN ANTARA ZON RAMUAN CHINA BESAR (SEPAK TAKRAW) & MAKAN MALAM PDM RAMUAN CHINA BESAR
Alhamdulillah, berlangsung dengan meriah acara Sepak Takraw Antara Zon serta Majlis Makan Malam PDM Ramuan China Besar yang menjadi penutup tirai Program Sukan Zon Ramuan China Besar.
Program sukan ini melibatkan tiga cawangan iaitu Kg Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Taman Dato’ Setia dengan pelbagai acara dipertandingkan seperti ping pong, bola jaring dan sepak takraw.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan ping pong, bola jaring dan sepak takraw.
Suasana makin meriah dengan cabutan bertuah yang memberikan kegembiraan kepada Poghut Ayer Limau yang hadir memeriahkan majlis.
Tahniah kepada semua peserta, penganjur dan penyokong yang telah menjayakan siri sukan zon ini.
Ab Rauf Yusoh
#TokHameed
#SukanAntaraZon
#PoghutAyerLimau
#MelakaSayangRakyat