Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya “Budaya Selamat Bermula di Sekolah” bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek. Program yang cukup bermanfaat dalam memupuk kesedaran keselamatan jalan raya sejak di bangku sekolah.
Turut memenuhi jemputan program CSR anjuran Jabatan Kerja Raya Melaka dengan melaksanakan kerja-kerja mengecat kerb di bulatan Kampung Permatang sempena WRUR DUN Ayer Molek, serta mengecat besi jambatan bersama pelajar dari Universiti Islam Melaka (UNIMEL) di Lebuh AMJ.
Semoga usaha kecil ini memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadikan persekitaran lebih selamat, ceria serta kondusif untuk semua. ????????✨
Ab Rauf Yusoh
#TokHameed
#WRURAyerMolek
#PoghutAyerLimau
#MelakaSayangRakyat