Dalam perjalanan menghadiri program di kawasan, saya telah terserempak dengan satu kemalangan jalan raya di laluan Paya Rumput ke Ramuan China Besar yang melibatkan pelajar dari Kolej Komuniti Masjid Tanah.
Semoga semua mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan, serta mendapat rawatan yang sebaiknya. Diharapkan juga pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.