MAJLIS PENYERAHAN DEWAN TERBUKA TAMAN DATUK SETIA
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Dewan Terbuka Taman Datuk Setia yang disempurnakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Penyerahan ini menandakan satu lagi kemudahan awam yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat sebagai lokasi penganjuran pelbagai program komuniti, aktiviti kemasyarakatan dan majlis setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya demi kesejahteraan warga Taman Datuk Setia. Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#TokHameed
#PoghutAyerLimau
#MelakaSayangRakyat
#Ramadan1447H