Perjumpaan bersama kontraktor pembinaan SMA Alor Gajah bagi membincangkan dan menyelesaikan isu pergerakan kenderaan berat di kawasan sekitar.
Penekanan diberikan terhadap aspek keselamatan penduduk setempat, khususnya laluan keluar masuk sekolah dan kawasan perumahan. Beberapa langkah penambahbaikan telah dicadangkan bagi memastikan pergerakan lori lebih terkawal, teratur dan tidak mengganggu orang awam.
Keselamatan rakyat adalah keutamaan. Tindakan susulan akan dipantau dari semasa ke semasa.
#TokHameed
#PoghutAyerLimau
#MelakaSayangRakyat