Berpeluang menghadiri Kenduri Sekampung sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, seterusnya menyempurnakan perasmian Dewan Terbuka Kampung Pinang yang bakal menjadi pusat aktiviti dan kemasyarakatan penduduk setempat.
Dalam kesempatan yang sama, saya turut singgah ke rumah Encik Dinan & Puan Hamidah di Kampung Bukit Apit yang mengadakan kenduri menyambut puasa.
Alhamdulillah, suasana penuh kemesraan dan semangat kejiranan yang amat bermakna dalam menyambut bulan yang mulia ini. ????????
#TokHameed
#PoghutAyerLimau