• Main
  • News

Hari Ini Saya Menyaksikan Sendiri Keadaan Keluar Masuk



Hari ini saya menyaksikan sendiri keadaan keluar masuk lori yang berterusan di sekitar Sekolah Agama Paya Rumput ketika waktu puncak murid-murid pulang dari sekolah. Situasi ini amat membimbangkan kerana melibatkan keselamatan kanak-kanak yang masih kecil dan terdedah kepada risiko kemalangan, lebih-lebih lagi ketika keadaan jalan sesak dan pergerakan kenderaan yang tidak terkawal.

Keselamatan murid sekolah tidak boleh dipandang ringan dan perlu menjadi keutamaan semua pihak. Tindakan segera serta pemantauan yang lebih tegas akan diambil bagi mengawal pergerakan kenderaan berat di kawasan ini, khususnya pada waktu puncak persekolahan, demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita terjamin.

#TokHameed
#PoghutAyerLimau


About Us

  • Hameed Basheer

    EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka JAPERUN Ayer Limau Alamat Rasmi : Kompleks JAPERUN Ayer Limau, 78100 Lubok China, Melaka. Tel : 06-696 6863 Faks : 06-696 6092