Kunjung hormat oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, telah berlangsung dengan lancar pada hari Jumaat yang penuh keberkatan.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama serta membincangkan perkara-perkara berkepentingan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.