Melaka akan ada 6 tol?
‘Traffic light dah ler banyak tambah tol pulak’
Tambahan sebanyak 6 tol itu bukan di jalan sedia ada tetapi jalan baharu Lebuhraya (WCE) yang bakal dibina dari Banting ke Gelang Patah dan ianya melalui Negeri Melaka.
Enam tol berkenaan bagi memudahkan pengguna untuk keluar/masuk Negeri Melaka dan bukan seperti sedia ada sekarang yang mempunyai tiga tol sahaja dan menyebabkan kesesakkan berlaku pada waktu ‘peak season’.