Pembentangan Bajet Negeri Melaka bagi Tahun 2026 di bawah Portfolio Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Lesen motorsikal percuma tahun 2026 kita fokus kepada anak-anak OKU dan anak-anak dari keluarga B40 yang bersekolah.
Jalan baru West Coast Expressway (WCE), Naiktaraf Jalan Masjid Tanah - Sungai Udang dan pelbagai projek untuk manfaat masyarakat di Negeri Melaka khasnya.